lelaki pun baca novel juga

bismillah

Ehe. Hello. Ohaiyoo minna?!
ahhh, berbahasa jepun lah sangat aku kan? =..=’ Minna lah sangat. Padahal seciput ja orang yang mai blog aku ni. hihihii ^^

Tertarik aku menulis entry ni, lelaki baca novel?? Nice gitu. Puji sikit* Saja aku mo cerita yang adik aku si Abang ni, pandai dah baca novel. Nahaaa! =DDD. Bukan ja adik aku ni yang pandai. Ada gak kawan aku sorang lagi, suka gak layan novel. haha, but kebelakangan ni aku rasa mcm dia da x nak kawan aku da. Haha, takpa lah. lumrah kehidupan kta di jauhi kawan. takpa lah, biar aku yg kena sorang, jangan buat kwan2 kamu yg lain terasa mcm aku juga. kesian betul rasa dia.
Ok cut the crap, jom aku cerita sikit lah cerita aku yang x menarik ni.

Hari tuh, dalam minggu ni jugak la, dia balik rumah. hari Ahad tu. Tiba-tiba masuk bilik aku, senyum-senyum macam kerang busuk pulak aku nampak. Mana x busuk! dia olok-olok aku pasal kejadian yang sangat menhancurkan hati aku tuh. Orang x mo ingat, dia ingatkan lah pulak. grrrrrrrr.. =..=’  kalau ikutkan hati, lama kaki aku ni di muka dia. hahahaha #ketawa shin chan.

Then, selepas habis kejadian olok mengolok, tiba-tiba dia pergi locker kakak aku. Untuk pengetahuan, loker kakak aku ni, da jadi tempat simpan novel. Yang kalau malas, loker kau lah mangsanya kakak. sepa suruh kemas. tidak adil! kena join mcm kami juga! semak! jadi simpan dalam loker ko la spaya sama-sama kita semak. =p

Tiba-tiba adik aku kuarkan buku, Ramlee Awang Murshid. ammbekk ko. adik aku layan novel. dulu, mati-matian dia kata dekat aku “Apa bah bestnya baca novel ni?! BoRing!”. Ohh rupanya dia layan, Bagaikan Puteri. Then dia mo baca sambungan dia. Sambungan dia semua ada da sama aku. 6 buku kesemuanya. Sebab sangat best dan minat, jadi tidak membuang duit jugak lah aku rasa beli novel ni. berbaloi-baloiiiiii.

Terus dia tapau semua. “Ehhh pi mana ko bawak tuh?” “aku mahu bawa pergi asrama”. Allah. Asrama lagi. Dulu zaman2 aku sekolah, harap maklumlah jon. Novel di rampas. “Jaga kena rampas arhh?! siappp”  buat-buat tegas depan adik aku. ngehehe. Padahal aku Ok ja kalau dia baca..  “jangan risau, KETUA PELAJAR lah yang kasi baca aku novel ni, dia yang bawa, hehehe
Si Shazrul ketua pelajar. bahh ngamm. saya suka bila adik saya ada konco-konco ohhh. “bahh baguslah tuh, yang penting ko jaga baik-baik”. balik-balik pun aku cakap ‘baik-baik’, kuling aku sayang bah buku2 aku T_T

Then bila aku fiki-fikir balik mesti adik aku suka baca tuh Trilogi Bagaikan Puteri, sebab banyak stunt2 yang best, jalan cerita yang menarik, dan macam2 lah yang best(malas maw cakap) .Bahh welcome 2 my world lah abang. Kalau aku ni x lah layan sangat novel, tapi aku sangat suka baca novel. bila aku betul2 free aku baca.

#nanti maw jumpa suami yang kaki novel. baru lahhhhhhhh, ndak payah habiskan duit beli novel. Tinggal baca jak, then kongsi-kongsi. bhahahaha =DDDD *gatal nak kawen ka ni kau Kira?? =..=’

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s