10 sebab doa tidak dimakbulkan #1

bismillah

heee yooo! *bayangkan muka luffy*

tadi pagi aku ke Wisma Muis bersama my makcik, aku panggil dia babu ler. Mama aku punya kakak. Wisma Muis memang fevret dia, sebab dia ustazah.

Seawal jam 5 / 5.30 pagi aku bangun. Solat baca maathurat seperti yang kawan aku syorkan. Thank You kawan kerana kamu mengingatkan aku. Terima kasih sangat-sangat. Segalanya akan aku ingati. *mata bersinar-sinar* Selepas itu, aku tidur lagi kejap #dasar. jam 6.30 am aku bangun dan iron baju kurung hijau ku. Bersiap dan lebih kurang jam 7 lebih babu aku pun sampai.

Jam 7?! sebenarnya aku liat sangat untuk bangun awal. perghhhh.. =..=’ 1 benda yang aku suka bila ikut babu aku ni, perbelanjaan semua dia tanggung. dan Wisma Muis memang tempat fevret aku, sebab sana banyak jual PASHMINA. ueeehuuuu ^_____^

Sebenarnya babu bawa aku sebab dia mahu bawa kereta Viva kami? dan aku yang pandu. But, di garaj kereta tiada! missing!? NO! bapa aku bawa pergi kerja. Terus kami meneruskan perjalanan ke Wisma Muis dan sampai di sana sekitar hampir jam 9 kot?  awalnya kami datang. Wisma Muis da di penuhi dengan manusia-manusia yang bekerja mencari rezeki. 😀

Sepanjang perjalanan ke Wisma Muis, aku mendengar CD yang ada di kereta babu aku. Sebuah ceramah pendoman yoleh Ustazah Siti Nor Bahiyah (hantam jak nama, lebih kurang la 2 ) . tentang 10 SEBAB MENGAPA DOA TIDAK DI MAKBULKAN OLEH ALLAH. 10 sebab ini adalah seperti yang di nyatakan oleh seorang wali Allah, Ibrahim bin Adham, yang mana suatu ketika dahulu adalah seorang raja. Dan beliau meninggalkan title rajanya, dan akhirnya menjadi seorang wali Allah yang terkenal di bumi Allah ini.

sebelum memulakan cerita ustazah ini menceritakan 1 kisah yang mana JANGAN KITA MERUNGUT BILA ALLAH TIDAK KABULKAN DOA KITA CEPAT-CEPAT.  Ada satu kisah yang mana, si ustazah ini bercerita yang mana ada dua orang yang terkejut melihat amalam pahalanya di akhirat sangatlah banyak. sangat-sangat banyak hinggakan mereka terkejut melihat amalan pahala mereka sebegitu banyak. ( ayat sama jer ) . Then di ceritakan ianya adalah berikutan kerna amalan doa mereka yang tidak putus-putus itu telah membuatkan amalan pahala  mereka berganda-ganda. Jadi jangan kita merungut bilamana Allah lambat untuk kabulkan doa kita, ianya adalah kernah Allah itu ingin menambahkan pahala kita. Doa itu kan 1 amalan. Berdoalah kepada Allah. Dan bersangka baiklah kepada Allah. :’)

Dan 1 lagi yang minda aku bisa ingat tentang apa yang ustazah itu katakan ialah, ALLAH MENGGANTIKAN DOA-DOA KITA ITU DENGAN BENDA LAIN. SALAH 1 CONTOHNYA ADALAH BILAMANA ALLAH MENJAUHKAN KITA DARIPADA BENCANA AND SO ON.  baiknya Allah pada kita, jadi janganlah kita bersangka lain-lain pulak mengapa doa kita tidak di makbulkan oleh Allah.

Kemudian saya ingin bercerita lagi tentang seorang wali Allah yang di namakan Ibrahim bin Adham ini. Siapa beliau? beliau suatu ketikanya dahulu adalah seorang raja yang mana telah meninggalkan ‘kingdom’ nya dan beribadat ke jalan Allah.  Serius, cerita beliau saya rasakan sungguh menyayat hati. Patut kita ambik iktibar. Hampir menangis jua saya mendengar kisah wali Allah ini.

 

Ada suatu ketika yang mana Ibrahim bin Adham ini sedang berpuasa, jadi di waktu tibanya masa untuk berbuka puasa, beliau pun membentangkan kain dan meletakkan makanan yang dia bawa untuk berbuka itu di atas kainnya. 1 1 dia letak. Ibrahim bin Idham ini tidak sedar yang tingkah lakunya telah di perhatikan oleh seekor GAGAK. Lalu gagak itu pun terbang dan mengambil roti Ibrahim bin Adham itu. Dia pun mengejar gagak itu hinggalah smapai ke sebuah Gua. Alangkah terkejutnya Ibrahim bin Adham, dia ternampak ada seorang pemuda di ikat tangan dan kakinya! dia pun memerhatikan burung gagak itu memberi makan kepada pemuda terikat itu. lalu dia pun meleraikan talinya. dan berkatalah pemuda itu. yang dia sudah 7 hari di ikat dan Allah tidak ingin dia mati, jadi Allah mengantarkan burung gagagk untuk memberinya makan. dan peristiwa itu telah membuatkan Ibrahim berfikir dan berfikir

dan hinggalah beberapa kejadian lagi berlaku hingga beliau menangiskan air mata taubat keinsafan, dan pergi meninggalkan kerajaannya dan beribadat kepada Allah. KLIK SINI untuk baca. ( yang link ni aku Google k )

ohh sahabat, bacalah kisah Ibrahim bin Adham ini. Di waktu beliau meninggalkan kerajaannya beliau jg telah meninggalkan seorang isteri serta seorang anak lelaki yang masih menyusu, masih belum punya akal. Begitu hebat cintanya pada Allah. Hinggalah anaknya besar dewasa, hingga mencapai umur 20 tahun. Dia ingin sangat untuk bertemu dengan ayahanda tercinta, dari kecil tidak pernah dia melihat ayahandanya. Jadi, pada suatu hari anaknya Ibrahim bin Adham pun mempunyai satu idea. Bagaimana dia ingin bertemu dengan ayahandanya. Dia pun men-sponsor perjalanan haji untuk 4000 orang di negaranya. Jadi datanglah mereka ke Mekah untuk menunaikan haji.

Kisahnya lagi seperti yang di ceritakan oleh Ustazah, yang mana waktu itu, Ibrahim bin Adham sedang bertawaf keliling Mekah. Tika itu, anaknya  yang telah sponsor jemaah haji itu pun duduk di suatu khemah di dalam masjidil haram kalau x silap bilang Ustazah tu. Dia mengaji Al-Quran. Sambil menangis teresak-esak dengan suaranya yang sangat merdu. tika itu, lalu seseorang, dia mendengar bacaan anaknya Ibrahim yang sangat mendayu2. Beliau pun bertanya, mengapa. Si anak pun bercakaplah tujuan dia datang adalah untuk bertemu dengan ayahnya yang sudah 19 tahun tidak di jumpainya. Dia pun menceritakan tentang ayahnya, begini-begini, yang suatu ketika dahulu adalah seorang raja, begini-begini.. Justeru fahamlah pemuda itu tentang siapa si anak Ibrahim ini katakan. Dia pun mnunjukkan jalan untuk bertemu dengan ayahnya yang sedang bertawaf di situ.  Lupa pulak nak cerita, time tuh mak dia pun ada.

Dia pun segera mendapatkan ayahnya. Dan berkata, aku inilah anak yang telah engkau tinggalkan 19 tahun dahulu. Sambil menangis2 si anak melepaskan rindunya pada si ayah. Mereka pun berpelukan di situ. Tidak seperti orang lain, perkara PERTAMA yang si ayah iaitu Ibrahim ini tanyakan kepada anaknya bukanlah, apa kerjamu? rumah ada berapa? tidak! Perkara pertama yang di katakan oleh beliau pada anaknya adalah APA AGAMA MU? BOLEH KA BACA AL-QURAN.  anaknya pun berkata, Jangan risau ayah, saya , bonda serta semua rakyat menganut agama Islam. Ouhh sangat mengharukan. =’)

Perkara yang sangat menyayat hati saya adalah bila mana anak Ibrahim bin Adham meninggal di pangkuan ayahnya. Melepas rindu pun belum habis, sudah di tarik nyawanya oleh Allah. 😥  kalau x silap ianya adalah bilamana si Ibrahim ini terdengar suatu suara yang mengatakan, Kamu bilang kamu cinta Allah, cinta rasul, ternyata kamu lebih cintakan isteri dan anak-anak mu. dia pun terkejut.  emmm lepas tuh kan, ada bah part aku lupa ni. hehehehe , yang aku ingat dia berdoa kepada Allah antara tariknya nyawanya / nyawa anaknya untuk membuktikan cinta nya pada Allah. Begitu besar ujian Allah untuk mengujinya. Seterus itu anaknya meninggal dunia. Ouhh sedih aku mendengar kisah ini.

Jadi ingatlah para sahabat sekalian, sesungguhnya cintakan Allah itu adalah yang terbaik di dunia serta akhirat.

#aku menulis untuk pendoman kisah semua. di harap dapat membuka hati-hati kita dari terus lalai di dunia, yang terus berpegang teguh kepada agama dan ajaran Allah. :’)

TAMMAT PART 1.

Advertisements

One thought on “10 sebab doa tidak dimakbulkan #1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s