single?

bismillah.

Single? yeah. Aku single. Entah kenapa, diri ini tidak pernah tertarik pun mahu masuk ke alam percintaan itu. Mungkin sebab aku kurang mahu percaya lelaki. Kebanyakan lelaki hidung belang. Mulut manis sangat.  Perkara ini yang membuatkan aku jarang mahu percaya lelaki,fobia ?. Tetapi bukan semua lelaki itu sama bukan?

adalah amat menyedihkan 2

Tidak semua lelaki aku benci. Tidak, bapa, abang, adik, kawan-kawan aku. Aku suka. Tapi itu lah kan, jodoh. malas pulak nak cari. Kekadang tertanya juga aku, adakah aku sangat mengejar yang lebih baik? maksud aku, aku pernah terbaca di satu lembaran buku majalah Solusi yang aku beli di Wisma Muis, tentang Syurga. Bagi mereka yang tidak berkahwin di akhirat nanti mereka akan mendapat pasangan yang sangat baik. Bagi lelaki bidadari syurga, dan pmpuan sebaliknya.  Sampaikan aku malas mahu bercerita dan memikirkan soal jodoh.

Jodoh tuh kenalah berusaha cari. Teringat aku akan kata-kata seorang teman. Tapi, I’m not into it. Aku bukan perempuan yang terlalu tandus mencari cinta orang. Tidak sama sekali. Aku redha jak dengan siapa jodoh aku. kalau ada, maka adalah. Sebab tuh aku malas mencari. Memanglah aku sangat malas. Hidup single sangat best. kebebasan merata. Lagi pun, jaranglah orang maw suka orang yang besar macam aku. Seringkali aku membaca kisah-kisah orang size macam aku di alam maya nih. Kesian. Hanya itu yang mampu aku katakan. Hinakah jadi gemuk ni? persoalan itu bermain di minda aku. selalu.

Aku, kakak , kecik kami semua single. Alhamdulillah kami single. Kalau mingle entah lah. Takut dengan dunia sekarang, yang doubleminglecouple lah banyak buat dosa. MasyaAllah! Teringat lagi kata seorang teman. Ildah Nahur namanya Smile

katanya ‘Kenapa kita SINGLE? sebab ALLAH mahu menjaga hati-hati kita"’. Ya Allah. Lihat. Betapa besar aturan Allah untuk mereka-mereka yang single. Terjaga hati mereka. Jangan risau, jodoh itu pasti akan sampai. Antara lambat dan awal sahaja yang membezakan. Mungkin dalam kes kami adik beradik ni, lambat kot? hihihihihi . Apa pun terima kasih Allah, kerna menjaga hati kami dari tercemar dengan debu-debu dunia. =’)

Kekadang kami bergurau di rumah, “kalau kami terkahwinlah” hahaha. Ketawa jak kami. Sebab mama aku selalu cakap “kalau kamu kahwin…bla blaaa” . Jodoh itu aturan Allah. Entah siapa jodoh kami.  Aku selalu berdoa kepada Allah, andai tiada jodohku di dunia, kuatkan jasmani dan rohaniku untuk berbakti kepada kedua ibu bapa aku. :’)) . Aku reda dengan ketentuan Allah..

Melihat facebook, banyak adik-adik post pasal diri mereka dengan couple mereka. Terus terdetik di hati aku. Cinta monyet. Kecik-kecik da nak bercinta.  Seharusnya kamu mencari ilmu dulu, bukan mencari jodoh. Apalah yang nak di tinggalkan kepada suami jika semuanya dah habis disapu kekasih lama?. aduihhh. Lepas tuh kecewa2 lah status mereka tuh semua. Geram aku. Pernah aku komen status budak sekolah aku, umur adik aku. Aku kata cinta monyet, seharusnya belajar dulu. Lancang pun mulut aku, xda insurance. Maaflah. Sebenarnya aku memberi nasihat. Di harap dia bisa berfikir perkara di sebalik kata-kata aku tuh. Sekali esok aku nampak, fb dia da tiada. Antara dia deaktivate or dia block aku jak. =..=

Baru aku sedar, bila umur da meningkat muda (ehem-ehem) macam aku ni, baru lah berfikir, segala cinta di sekolah yg terputus tengah jalan tuh, cinta monyet lah tuh. tapi alhamdulillah. Allah jaga hati aku, kuarga n kawan2 lain yang still single but not available. =p

I enjoy myself being single. Nak couple? cepat-cepat kahwin! itu lah satu2nya couple yang HALAL di sisi ISlam. Smile

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s