Cerpen

Cerpen (tajuk belum ada)- tahu bercerita tapi tajuk nda pandai ada la ba kan?

Alisya mulai resah. Rimas dengan kelakuan lelaki di hadapannya kini. Berkali-kali menanyakan hal yang sama. Tapi Aisya hanya diam, buat tidak tahu.

“Ehhh awak Alisya kan? Awakk..jawablah.” Rayu lelaki di hadapannya. Barangkali ini da yang ke 10 kali!

Bukan Alisya tidak kenal lelaki itu. Malahan dia cukup kenal. Aiman Akif, teman rapatnya di kampus dahulu. Alisya buat-buat tidak dengar. Cuba untuk pekakkan telinga. Teksi yang ditunggu-tunggu belum sampai-sampai. Sebal dia memikirkannya.

‘Ishhh mana pulak teksi ni! waktu-waktu begini pulak tak ada!, tengok! Kan da terserempak dengan mamat ni. eeeee!’ , marah Alisya dalam hati. Tidak sabar rasanya menjejakkan kaki ke rumah, mama dia pun dah marah sebab balik lambat. Teksi pulak buat hal. Yang paling menyakitkan hatinya bila terjumpa dengan Aiman. Kehadiran Aiman yang tiba-tiba di sebelahnya itu umpama angin. Buat-buat tak Nampak!

“Saya hantarkan awak balik Sya? Lagi pun waktu-waktu sekarang ni susah nak dapatkan teksi, then awakkan perempuan, nanti ada apa-apa yang tak baik berlaku macamana? ”, pelawa Aiman. Tulus hatinya ingin menolong gadis di hadapannya. Kesian pun ada, bila melihat Alisya berkali-kali melihat jam tangannya.

Kalau ikutkan hati Alisya, memang dia tidak mahu berkata sepatah pun dengan lelaki di hadapannya. Kisah lama masih di ingati. Tidak mungkin lesap dari ingatannya. Kerana lelaki itu, dia mendapat malu. Kerana lelaki yang bernama Aiman itu, dia kecewa!

Alisya menarik nafasnya dalam-dalam. Cuba mengumpul kekuatan untuk bercakap dengan lelaki di hadapannya kini.

“Takpe , saya boleh naik teksi. Pertolongan awak tidak diperlukan”, laju Alisya berbicara. Tegas.

‘Kan aku dah kata, ini mesti Alisya punya. Tengok, akhirnya dia jawab pun soalan aku, hihihi’. Ketawa Aiman dalam hati. Tadi ingatkan bisu, rupanya boleh bercakap juga dia ni. Omel Aiman di dalam hati lagi.

“Awak..jom lah saya hantarkan awak balik, lagi pun saya ikhlas taw. Errr..awak tinggal kat mana? “ Aiman cuba memancing. Kalau boleh, dia inginkan pertemuan kedua dengan gadis itu.

Pada masa yang sama, berhenti sebuah teksi merah di hadapan mereka. Laju Alisya berdiri, hinggakan hampir terjatuh di bahu jalan ketika cuba untuk masuk ke dalam teksi. Dia cuba melepaskan diri dari Aiman. Tergopoh-gopoh dia memasuki teksi. Dia berdoa agar ini adalah kali terakhir dia bertemu dengan Aiman. Teksi pun memecut meninggalkan perhentian bas itu.

Dari cermin sisi, kelihatan Aiman berlari-lari ke arah mereka. Alisya jadi pelik. ‘Apahal mamat ni? ishhhh! Takkan aku pun dia nak kejar. Rindu kot, dah lama tak jumpa. Hehehe. Tapikan akukan jual mahal. Biarlah sana. Biar padan dengan muka dia. Huh!’, omel Alisya dalam hati. Dia berharap yang dia tidak akan bertemu dengan Aiman dilain hari. Sebut nama pun, dia sudah sakit hati, apatah lagi melihat wajahnya.

Aiman tercungap-cungap. Penat dia berlari mendapatkan teksi yang Alisya naiki. Ingin dikejar lagi, tetapi teksi itu terlalu laju. Aiman memandang dompet ditangannya.

“Sya nih kan? Tuhhh lah, tadi jual mahal sangat, orang dah offer hantar tak nak pulak, then tergopoh-gapah naik teksi tadi. Apa yang dia kejarkan sangat sebenarnya?? Takutkan aku ke? Aku bukannya hantu pun. Manusia gak. Makan nasi!. Tengok kan dah tinggal dompet ni”, bebel Aiman sendirian di perhentian bas itu.

Dompet dibuka. Aiman tersentum lebar.

#bersambung =p wakakaka. first time aku tulis cerpen. bersambung2 pulak tuh. wakakaka.

Advertisements

3 thoughts on “Cerpen

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s