ketiadaan air di rumah membinasakan orang rumah

bismillah

selamat petang! aku taip entry ni waktu petang2.

untuk tidak membuang masa lagi, marilah saya mempersilakan diri saya tuan-tuan dan puan-puan, dengan tajuk ceramah mengarut saya pada hari ni iaitu, KETIADAAN AIR DIRUMAH MEMBINASAKAN ORANG RUMAH.

untuk makluman tuan2 dan puan2, rumah yang saya duduki sekarang tidak ada air. Jadi dengan itu, saya merasakan yang diri saya sangat kering. Kerja juga saya seperti malas mahu buat. Untuk ke tandas kencing pun saya tahan. Saya memang pemalas. Mungkin lepas penyakit datang barulah saya rajin mungkin.

Dengan ketiadaan air ini, ini membuatkan saya malas untuk cuci Kain. Alhamdulillah, mandi saya masih rajin. mandi itu adalah satu kewajipan bila rajin.

membinasakan di sini bukanlah mematikan maksudnya. Maksud membinasakan orang rumah di sini ialah, sifat malas. Malas membelenggu diri jika tiada air. Malas buat kerja kotor, kerana air itu begitu berharga.

alangkah baiknya jika rumah saya berdekatan dengan sungai? Tapi malang sungguh bagi saya kerana rumah yang saya duduki tika ini adalah bersebelahan dengan paya. jadi agak sukar untuk saya berenang di paya yah. Berenang rumput? Mustahil! saya bukan katak. Jikalau rumah saya bersebelahan sungai, pasti sekarang saya tengah mandi2 kuak lentang berenang di dalam sungai.

Ok sekian sahaja ceramah saya yang langsung tidak ada kaitan dengan tajuk dia atas. Tiada air?? Cari air!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s