‘bersabar ar’

bismillah.

sungguh lama aku mengabaikan blog aku yang ini. Aku pura-pura lupa akan kamu belog. Sebenarnya aku ingat kamu. *merepek kah aku berkata-kata dengan belog?*

Minggu nih sahaja dugaan datang menimpa-nimpa. Dua perkara. Satu perkara, ahamdulillah. Aku masih dapat tenangkan diri, walau aku menangis hiba mendengar kisah itu. Perkara kedua. Aku memang tidak dapat bersabar. Kesan kegeraman, aku menangis sendiri. Menangis hingga tertidur..waktu sebelum tidur tangisan ditahan-tahan. Sakit hati, kerana ianya melibatkan darah daging sendiri.

yahh. memang aku hati tisu. Jiwa aku bukan sekental batu. Aku bukan antara mereka yang tabah. ย ada satu tahap, bila kita tidak dapat tahan, kita hanya mampu menangis hiba. ย haa. itu aku. Untuk perkara pertama, aku cuba bersabar. Alhamdulillah, aku masih boleh kawal diri. Cuma aku menangis, tidak seperti perkara kedua. ย Aku cuba tidak membenci. Yah, aku tidak benci sebenarnya. Serius. Aku bukan jenis yang mudah membenci orang. Sikit-sikit ada yang aku benci. Bukan. Aku cuma geram. Tapi, aku, aku kalau dah geram, nanti akan hilang. Esok-esok aku akan baik semula, seperti tiada apa-apa yang berlaku. Kawan yang tinggalkan aku, yang unfriend aku tuh pun, aku dah tiada perasaan sebenarnya. Entah. Mungkin yang berlaku antara kami ini sudah berlaku 1-2 kali, jadi aku malas nak pertikaikan. Benci dia? Tidak. Aku tidak benci kau pun. Aku tiada masa membenci kau. Sebab bukan benci yang aku rasa. Sekian.

Petang tadi, aku cuba menahan diri. Cepat-cepat aku membaca sura al-kauthar. Untuk meredakan sakit hati yang timbul dalam diri. Pasti syaitan durjana bertepuk tangan melihat dua saudara bertekak. Syaitan bertambah gemuk. Sekarang, aku rasa kegeraman aku dah reda. Aku tahu, kami pasti akan berbaik semula. Sebab memang itu yang berlaku selalu. Astaghfirullah. Sebelum ini, aku syukur, sebab kami dah lama x bergaduh. haha. Tapi datang balik. Tapi begitulah adik beradik. Air yang dicincang tidak akan putus bukan?

Di twitter bila ada kawan suruh aku bersabar, aku tambah menangis. Aku kalau ada orang cakap ‘sabar’ dengan aku, memang aku akan menangis lebih. Tambah aku tidak dapat tahan perasaan aku. Haha.. ermmmm.. perangai apalah aku nih kan.

Semalam menangis, hari ini menangis. Air mata aku murah sahaja tumpah. Aku rasa aku tahu aku ikut peranga siapa. Aku ikut perangai mama aku. Mama aku, hati tisu. Nangis, kami nangis pasal kucing dia pun nangis. Dia nampak aku menangis waktu cerita perihal adik Jijo tahun lalu, dia ikut menangis jugak. Dngar lagu sedih Uji Rasyhid dia menangis juga. Aku kalau nampak mama ku menangis, aku ikut menangis juga. Bak kata pepatah, mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi?

 

sekarang aku cuba menenangkan diri dengan mendengar bacaan al-quran. Oooo Allah. Maafkan aku hamba-Mu yang alpa ini. ๐Ÿ˜ฅ ย Aku memang bukan seorang insan yang baik. Tapi bila aku cuba baik, aku di kata-kata pulak.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s