Bismillahirrohmanirrohim.

Bertemu kita pada kali ini dengan limpahan rahmat dan kurnia-NYa dapat lagi kita bertemu pada kisah kisahki kita pada hari ini. ( apa macam? ada macam penceramah ka?) hihihi

Alhamdulillah, hari nih aku masuk surah ke 56 dalam alquran. Surah Al-Waqiah. Target aku mau habiskan 1 quran dalam tahun ni. Harap-harap aku sempat ya?

dari pemahaman aku,Surah ini menceritakan tentang kisah pada hari kiamat kelak yang mana ada 3 golongan yang dibangkitkan.Β 

1. Golongan kanan
2. Golongan Kiri
3. Golongan yang beriman, yang mana akan masuk dulu ke syurga.

Golongan yang kanan dan beriman ini yang mana dikisahkan dalam surah ini, mendapat ganjaran yang baik di dyurga kelak. Minumnya dari piala, terdapat bidadari yang seumur dengan mereka yang beriman. Buahan-buahan yang pelbagai, air dari sungai yang mengalir dan macam2 lagi di gambar kan dalam Surah ini.

Β 

Bagi mereka yang golongan kiri akan disiksa dan dihumban ke dalam api neraka. Mereka akan memakan buah daripada pohon zaqum. meminum yang panas, dan macam2 lagi digambarkan dalam surah ini.

Membacanya membuat aku terfikir sejenak, tentang ‘alam’ mana yang aku ingin tempuhi kelak.
Harap timbul kesedaran dalam diri untuk kali ini. Amin ya Robbal Alamin.

#Orang yang menghafaz alQuran dapat memberi syafaat kepada 70 orang untuk bersama-sama masuk kedalam syurga kelak.Β