Tinta buat teman – kewajiban itu memang sifatnya terpaksa.

Bismillahirrohmanirrohim.

*sila baca dengan di iringi lagu mengintai Dari Tirai kamar -Exists*

Alhamdulillah masih di beri kesempatan dari ILAHI untuk sedikit sebanyak bercerita di sini.
heheh.

mengenai tajuk di atas, KEWAJIBAN ITU MEMANG SIFATNYA TERPAKSA.
Saya ada seorang sahabat. Sahabat yang sangat sayangi di hati saya. Bersahabat baik sejak diploma, dan alhamdulillah hingga masuk Degree sekarang.  (✿◠‿◠)

Dia selalu tegur aku, jangan banyak sangat makan. Dia selalu suruh aku diet. Hahah.
Tapi berat aku da turunnn 6 kiloo woiii. yiihaaa. krikk krikkk kriiikkk

Dia? aku marah dia selalu kalau x pakai tudung. Hahah. Ye yee. Aku kawan yang jahat sebab marah kau x pakai tudung. Selalu buat muka ketat kalau kau tiba-tiba x pakai tudung. Haha. emm emmm.
Bukan apa. Aku tegur sebab aku sayang kau. Rambut tuh kan aurat.  Aku x mau lah kau berdosa sebab hal tu. Aku pun tahu, diri aku ni bukan baik mana. Kau lagi jauh lebih baik dari aku ni. *ini serius* . Mungkin di mata kau, insan seperti aku ni mana layak nak tegur kau, aurat bukannya tutup penuh kan ? . Tapi alhamdulillah, aku berani tegur itu. Maafkan aku, andai teguran aku itu menusuk sangat sampai kau sedih  nangis nangis atas bumbung? (╯︵╰,).

Semalam aku nangis nangis tuh sambil tweet. Hahaha. X tahu pulak kau. Tapi rasanya kalau kau da dengar lagu kegemaran kau tuh, nangis nangis lah tuh kau mungkin. Banyak sebab aku menangis, aku nangis takut kau sedih sebab tuh, dan juga aku nangis sebab aku tegur orang, aku tersedar yang diri ini tidak lah sebaik mana. Tercalit banyak dosa dalam diri ini.  (╯︵╰,)

Tapi aku da jalankan kewajipan aku, sebagai sahabat dan sesama muslim. Its depends to you now. :’) Kita hidup berkelompok, kalau x tegur ikut sama berdosa. kan kan?  Pakai lah tudung sahabatku. Aku tahu betapa kau sayangkan ayah kau. Nanti di akhirat, golongan bapa yang akan kena tanya itu ini dihadapan Allah.  pakai lah pakailah selalu jangan macam chipsmore.. :’)  Bertudung tuh kan 8x lagi comel dan cuteee. aisehhhh ;D

Tiada siapa pernah menjanjikan bahawa perubahan itu begitu mudah. benar kata kau sahabatku.

SOLAT lah walaupun keadaan terpaksa. Tutuplah AURAT mu, bertudunglah walaupun keadaan terpaksa. PUASA lah walau keadaan terpaksa. Kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya memaksa.Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan HIKMAH dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepada-Nya. Jika harus menunggu keikhlasan hati lebih dulu untuk beribadah, sampai bila nak menunggu…??

Hidayah bukan untuk ditunggu akhi wa ukhti, melainkan dicari. – copy paste Ustaz Azhar Idrus. -aku setuju dengan ayat ini.

dan pesanku sahabatku, andai ingin berubah, jangan untuk aku. Tanggungjawab aku hanya menegurmu.  Berubahlah untuk DIA di atas sana. :’)

Image
SAYANG KAU ♥

andai boleh bersahabat hingga ke syurga, kan indahh. :’) aku doakan yang akan ada perubahan nanti pada kau, dan juga diri ini. Aku ni mau diet ni. hahah. Jom sama-sama berubah ke arah kebaikan ? 🙂 love u all. 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s