Pi Em

Assalam.

Kalau kita tengok isu PM ni, memang aku pun tidak tahu mahu cakap apa lah. Seriously. Aku bukan lah seorang penyokong BN dan bukan jugak pembangkang. Aku neutral.
Sekarang, ramai sangat mencaci maki Pi Em, kalau kita tengok dis semua SNS semua pun caci maki dia.
“jib makan duit rakyat!”
“aku tak halalkan se sen pun, bahlol”
dan macam macam lagi lah, belum lagi yang sebut b*bi.

Bukan apa, aku tengok golongan Melayu ni memang ..entah lah. Bak kata Hang Tuah, takkan melayu hilang di dunia. Tapi kalau kita tengok sekarang ni, hampir hilang da kemelayuan melayu. Sad but this is the truth guys.

Bukan apa, just pandangan aku lah, kalau kita tidak tahu cerita sebenar, jangan lah memaki hamun. menuduh sembarangan. Boleh jadi fitnah tu geng. Bergaduh, bermusuh sesama sendiri. Dengki. Perghhh.. Boleh jadi Pi Em tu salah, boleh jadi Pi Em tu xda apa apa kaitan pun. Tidak tak tahu fakta sebenar. Apa yang terjadi kan?

Kekadang aku tengok muka Pi Em, kesian pulak ( bukan kesian sebab apa, sebab dia kan dah tua rambut putih, hiiks) kesian sebab dah la macam tu orang tak habis habis hina dia.

Tidak apalah. Semua ni urusan Allah.
1. Kalau dia makan duit rakyat,dia memang bersalah. Biar Allah hukum dia dekat Akhirat kelak.
2. Kalau tak, janganlah kita menambah dosa yang sedia ada pada diri kita ni dengan menyumpah seranah dia ka apa.
Ada juga aku ternampak dekat SNS ni pasal beberapa pemimpin Malaysia yang pakai jam. Dorang pakai jam harga beribu pun cakap makan duit rakyat. LOL seriously? Dulu satu en kat opis aku pun (da tua dah) pakai jam harga puluhhh ribu. Padahal gaji tak sampai 6k. Orang kalau dah minat jam mahal memang macam tu. Tapi dalam kes ni, maybe simpanan dia kot.

Lepas tu dorang suka compare dengan gaji. Haha, remember orang macam dorang ni bijak pandai (kalau tak bijak mana boleh jadi pemimpin kan, hihikk), there are many ways to incerease your income. Investment, shares and so on. If you are brilliant you will not depends only on your monthly salary. 😉

Itulah fenomena hari ini. Cakap macam tak ingat tuhan. Cakap macam dunia ni kekal. Cakap macam rasa amalan tu tak kena catit tuk bekalan akhirat nanti. Fikir-fikirkan lah.

Once again aku tak sokong siapa siapa, ini semua sebab rasa simpati. empati.
..dan..aku enggai jomo Melayu…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s